Pengumuman!!


Salam semua! Saya ingin maklumkan bahawa saya ada 2 blog iaitu NiKubes.Com dan yang sekarang ni.. berkunjungla dimana yang anda suke suki.. ^_-

Sunday, December 28, 2008

Pernahkah anda terfikir?

Salam & Hai.. Jom bercerita.. Hari ini Nikubes ingin bercerita sedikit mengenai beberapa perkara yang rasa tidak puas hati jika Nikubes tidak berkongsi bersama-sama dengan pengunjung semua. Pernahkah anda menonton Astro Ceria? Bersama anak-anak, keluarga, abang, kakak atau adik? Jika kita perhatikan, kebanyakan siaran pada Astro ceria ini tidak patut disiarkan kepada kanak-kanak terutamanya.

Sebagai contoh kita lihat Siri Animasi Hagemaru yang disiarkan tiba waktunya selepas zohor, animasi ini jika diperhatikan ia mempunyai akhlak yang kurang sopan untuk diperlihatkan kepada kanak-kanak walaupun ia tidak menyentuk bab-bab agama Islam. Ada juga beberapa rancangan lain seperti TomTomBak.. dan Hikayat Putera Syazlan.. Kadang-kadang tu ada la juga tonton rancan TomTomBak ini, ia menarik dan menghiburkan.. Tetapi kadang-kadang tu..ada bab yang tidak sesuai seperti berjoget.. dan ada artis yang memakai pakaian ketat..dan sebagainya..

Nikubes berharap pihak Astro akan lebih perihatin akan perkara ini sebelum nasi menjadi bubur.. Bila dah lambat tidak guna lagi.. sekian sahaja dari Nikubes..

Monday, December 22, 2008

Perasmian BaitulBytes

Selasa lepas maka tertubuhnya Baitulbytes.com - Hosting Solutions.. Ha.. ape ada pada BaitulBytes ni? ada package S-Beginner & M-Beginner. Harga bermula RM80/tahun.. Sempena pembukaan BaitulBytes ini kami menawarkan bandwidth besar!

Dengan bandwidth besar ni, trafik boleh masuk dengan lebih banyak!.. Promosi tamat 16 Jan 2009 ini.. Apa keistimewaan server kami? ia dilengkapi dengan DDOS Protection.. ia boleh dikatakan anti hacker.. Kebanyakan server hosting yang terdapat di Malaysia tidak terdapat service tambahan ini kerana ia memerlukan kos bayaran yang tinggi.

Jadi kalian yang belum memohon, mahu renew webhosting? ayuh langgan sekarang! di www.baitulbytes.com. Selain itu juga kami menawarkan 60 hari pulangan wang jika anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami..

Webhosting ini sesuai untuk membuat blog, portal, forum , laman perniagaan dan sebagainya..
Ayuh langgan sekarang!! di BaitulBytes.com

Tuesday, December 16, 2008

Finally dah beli hosting



wokey.. nak share dengan pembaca semua, finally Nikubes dah beli pun hosting.. dari Shinjiru.com.my.. package apa Nikubes ambil?? Biarlah rahsia eheeh! em.. Nikubes mohon hosting di sana hari Jumaat lepas, then baru je dapat semalam..sebab ada beberapa masalah.. tapi finally dah dapat semalam.. dan tunggu domain propagate..

Website yang mana Nikubes guna server tu? Em, rasanya tak perlu bagitahu biarlah rahsia jugak.. k? Ok.. So far service yang ditawarkan oleh pihak Shinjiru alhamdulillah baik dan pantas.. dan server hosting dia pun foo.. laju.. ni bukan nak cerita world tapi memang benar... em.. selain itu juga domain name yang ditawarkan mereka pun lebih murah berbanding tempat lain tahu..

Contohnya domain .com.my hanya RM59 je setahun dan domain .my RM77 sahaja setahun.. Percaya? Believe or not pergi web site dia Shinjiru.com.my dan lihat sendiri.. dan jika sesiapa nak beli hosting dia jom klik sini dan rasai keistimewaannya.. insyaAllah

Saturday, December 13, 2008

Mencari Tempat Belajar

Salam semua, wokey.. Buat masa ni Nikubes sentiasa berada dirumah online je selalu.. Membuat kajian mengenai laman web ni, maklumlah ni lah hobi Nikubes buat masa ni..mana la tahu one day hobi Nikubes akan bertukar-tukar siapa tahu kan?

Okeh, pertama Nikubes nak tanya la pada pembaca semua..dimana tempat belajar yang sesuai untuk belajar mengenai perniagaan di laman web ini? Siapa yang patut Nikubes temui? Selain belajar berniaga di internet Nikubes juga ingin belajar membuat laman web.. mengenai kecantikan dengan kata lain membuat layout, theme dan sebagainya. Jika pembaca tahu boleh la bagitahu Nikubes pada ruangan komen dibawah ye.. Kalau boleh dalam masa terdekat ni, sebab nak buat survey dahulu sebelum memulakan pengajian. ok..

Friday, December 12, 2008

Hosting Percuma untuk Percubaan!

Marey!! Marey!!.. Mai sini semua.. Saya ingin memaklumkan, kawan saya baru beli hosting dan dia ingin mencuba hosting dia sama ada stable atau tidak. Haa..saya ingin mengambil peluang ini untuk memberi hosting ini untuk percubaan kepada sesiapa yang berminat. Maklumat hosting adalah seperti berikut = 50MB ruangan storan & 5000MB ruangan bandwidth dan mengandungi fungsi setiap satu iaitu domain tambahan, MySQL database, email, dan banyak lagi!

Jika ada sesiapa berminat boleh saja memohon dengan mereply maklumat anda dibawah.

atau

emailkan kepada - hamizan_hazwan(at)yahoo.com

sila replace (at) dengan @

format memohon adalah seperti berikut:

Domain anda:
Nama anda (8 karakter maximum):
Email:

Sebarang pertanyaan boleh diajukan dibawah..
hosting ini sesuai untuk membuat Blog sahaja..
dan Hosting ini terhad kepada 3 orang yang terawal! Jadi Cepat memohon sebelum terlambat!

Wednesday, December 10, 2008

Tiada Idea..

hi semua! Bertemu lagi kita hari ini.. huh! Rasa macam kehabisan idea untuk bercoret kat blog nih.. haha semua dah diserap pada daging lembu korban (mengarut!). Oklah kita balik pada kehidupan alam nyata.. sekarang ni saya tengah tercari-cari idea untuk membuat perniagaan kecil-kecilan di Alam Maya ni (bukan alam ghaib tau!). Hari-hari cari itu dan cari ini..cari ape?? cari OS Commerce script.. hari ni pulak jumpa E-Commerce script untuk wordpress. Ianya sejenis plugin dan di install pada wordpress dibawah domain sendiri bukan wordpress.com.

Huh, kena belajar lagi ni untuk mant0pkan pembinaan, mungkin ada join kursus ringkas mengenai web Developer ni.. insyAllah.. Sebenarnya banyak plan nak buat jika ada banyak duit ni.. dan sume mestilah niat kerana Allah s.w.t. pastikan apa yang kita lakukan tidak melanggar perintah Allah seperti membuat laman web kongsi lagu yang melanghakan.. tapi kalau kita lihat lagu nasyid sekarang ni ada yang over sikit.. maknanya lari dari perkataan 'Nasyid' itu sendiri, jadi macam lagu biasa pulak. Tapi bukan semua la, segelintir sahaja.. Sape lah saya ni nak mengomel benda-benda macam nih.. wokey.. nampaknya penulisan kali ni nampak santai.. mungkin kekurangan isi.. maklumlah takde idea... ok Tadaaaaa..

Thursday, December 4, 2008

Beli atau??




Adus..sakit kepala.. gara-gara hosting buat hal. Blog gue Nikubes.Com down lagi dan lagi.. fedup dibuatnya. Tetapi dalam penulis sedang mencari dan tercari cari hosting yang bagus untuk blog ni haa..

Search punya search, jeng jeng jeng.. tada! jumpa la satu hosting ni iaitu Cubiex hosting.. wah!! harga tawarannya memang murah! Rasa macam nak beli sepuluh je terus..wakakaka.. lolz.. nak beli pakej M-Cube pun belum tentu lagi.. aisey..

Bila difikirkan balik rasanya macam nak beli tapi samada pakej M-Cube atau L-Cube belum tahu lagi, tapi bila lihat duit dalam saku cukup untuk pakej M-Cube je.. tapi jika difikirkan bali untung beli pakej L-Cube lagi besar dan berbeza RM12 ringgit tu.. then jika nak ikutkan M-Cube lebih pada cukup dah.. tapikan better pilih L-Cube, sebab suatu hari nanti mesti penulis perlukan lebih space dan bandwidth.. kalaulah dah beli M-Cube then nak upgrade pula, kena bayar lebih laa... lagi satu offer end 15 Disember ni.. sooOO?? ikuti akan datang..........

p/s: maaf kpd pembaca kerana balik2 menulis bab2 hosting ni.. tapi hakikatnya ni lah masalah yang dihadapi penulis..

Monday, December 1, 2008

Geram Sangat-sangat!


Haaaaaaihhh.. geramnya.. adoi.. haiey.. huh! hosting ni tak habis-habis buat hal la.. laman web saya nikubes.com dan sebelumnya, semuanya 'down' again and again. Bila nak stabil ni?!! Geram sangat-sangat!! Tetapi nasib baik ada blog pada blogger nih..senang sikit nak meluahkan perasaan berbanding guna hosting sendiri.. Sebenarnya ada perkara yang saya rahsiakan, hosting saya ni kerap kali 'down' kerana ia hosting *******..hahahaha!! Memang la kerap 'down' lol!!

Saya ni sebenarnya tak ada duit nak beli hosting sendiri, bajet sebenarnya dalam RM50-RM100 setahun (Linux Shared). Saya dah banyak buat survey, ada yang murah tetapi masalahnya saya lihat website yang hosting dibawah hosting tersebut kebanyakannya 'down' belaka. Apa saya nak buat sekarang, terpaksa la telan walaupun terasa pahit. Ohh tidak!! sampai bila ku harus begini??!! nama domain dah ada tinggal cari hosting je.. ada siapa-siapa boleh tolong?? Tapikan, personally saya tidak mahu orang tolong saya..nak berdikari je.. tapi tu la..nak sara hidup sendiri pun tidak lepas ni pula nak beli hosting berbayar...lupakanlah..

Namun saya akan nekad suatu hari nanti akan ku cari hosting berbayar guna duit sendiri, insyaAllah.. mudah-mudahan Allah s.w.t memberkati usaha saya ini.. haih, rasa lega sikit bercoret kat sini.. ahahahaha!!!