Pengumuman!!


Salam semua! Saya ingin maklumkan bahawa saya ada 2 blog iaitu NiKubes.Com dan yang sekarang ni.. berkunjungla dimana yang anda suke suki.. ^_-

Sunday, November 30, 2008

Kembali Pulih


Alhamdulillah blog uoasis.com kini sudah pulih, selepas beberapa hari mengambil masa untuk menukar server baru.. Mudah-mudahan ia akan stabil buat jangka masa yang lama insyaAllah.. btw, penulis berharap kepada pengunjung setia blog ini tidak akan kecewa selama blog ini tidak boleh di akses pada beberapa hari lalu..

InsyaAllah penulis akan kembali menulis, mulai hari ini.. mudah-mudahan tiada sebarang gangguan teknikal lagi pada masa akan, tetapi kita perlu ingat.. penyelia webhosting bukannya tuhan untuk memastikan 100% tiada masalah..kita hanyalah manusia biasa yang hanya mampu merancang tetapi tuhan yang menentukan segala-galanya.. Oleh itu kesabaran dan istiqamah itu penting dalam bab ini..

Friday, November 28, 2008

Masih tercari-cari

hum.. hari ni dah masuk 3 hari laman web dan blog pemulis tidak kembali normal.. Rasanya mana satu penyelia webhosting yang ingin dipilih? Setakat ini penulis hanya mampu cari yang sederhana untuk mengehost laman web/blog di hosting. Antara hosting yang menjadi pilihan ialah Internet-Webhosting.Com, BaitHost.Com.My, Mercumaya.Net. Penulis tidak pasti yang mana lebih baik, tetapi penulis ada buat beberapa pemerhatian pada sebahagian laman web/blog ada yang guna Internet-webhosting dan Mercumaya. Kedua - dua penyelia hosting ini antara yang terbanyak memiliki pelanggan tetapi jika menduduki tangga yang TOP di Malaysia ialah Internet-webhosting, iaitu tangga ke 5.

Tetapi dari segi harga dan service yang ditawarkan di Intenet-webhosting ia mahal sikit bagi penulis, Mercumaya lebih murah berbandingnya..walaubagaimanapun pemilihan ini akan berubah mengikut keadaan.. Haih.. lihatlah macam mana nanti.. fenin-fenin..

Mobile Phone Info



Would you like to know if your mobile is original or not????? **

Press the following on your mobile ***#06# **and the-international mobile
equipment identity number appears. Then check the **7th **and **8th **numbers:
*
*1 *
*2 *
*3 *
*4 *
*5 *
*6 *
*7 **th *
*8 **th *
*9 *
*10 *
*11 *
*12 *
*13 *
*14 *
*15 *
*Phone serial no. *
*x *
*x *
*x *
*x *
*x *
*x *
*? *
*? *
*x *
*x *
*x *
*x *
*x *
*x *
*x *

*

IF the Seventh & Eighth digits are **02 **or **20 **this means your cell
phone was assembled in **China **which is low quality

IF the Seventh & Eighth digits are **08 **or **80 **this means your cell
phone was manufactured in **Germany **which is fair quality

IF the Seventh & Eighth digits are **01 **or **10 **this means your cell
phone was manufactured in **Finland **which is very Good

IF the Seventh & Eighth digits are **00 **this means your cell phone was
manufactured in **original factory **which is the best Mobile Quality

IF the Seventh & Eighth digits are **13 **this means your cell phone was
assembled in **Azerbaijan **which is very Bad quality and also dangerous for
your health *

Thursday, November 27, 2008

Blaze Media pro 8.0

Blaze Media pro ini merupakan salah satu audio converter dimana kita boleh convert mp3 format dari bitrate besar sehingga menjadi kecil tanpa menghilangkan sebarang kualiti audio tersebut, tetapi mestilah diingati bahawa bitrate paling minimum ialah 128Kbps sahaja dan jika rendah lagi kualiti sesuatu audio akan hilang. Untuk memuat turun software berguna ini sila guna link berikut.. selamat mencuba! (Download - 22MB)

Blog Uoasis.com 'down' lagi


Haih, malam ni try la nak cek blog Uoasis.Com.. tetibe tidak boleh 'access' pulak dah..aisey.. Ni la dia gara-gara guna hosting yang tiada jaminan dan kualiti, akhirnya tak boleh masuk.. hummm macam mana ye nak selesaikan masalah nih??

Ada apa-apa cadangan yang bernas tak kawan-kawan?? Tak puas hati la.. hosting sekarang ni.. selalu je 'down'.. Sebenarnya saya dah buat banyak 'survey' pada kebanyakan webhosting yang terdapat di Malaysia ni.. tapikan belum jumpa yang serasi. Ada yang ruangan simpanan dah bagus tapi ruangan bandwidth pulak yang kecil.. ada webhosting dari Baithost.com.my saya rasa pilihan saya yang ni.. tak tahu lagi. Lihat pada package yang di tawarkan RM100 mengandungi 10GB space dan 100GB bandwidth.. rasa-rasanya ok tak?? Adakah ia berpatutan?? Jika kawan-kawan ada cadangan bernas, sila nyatakan pada komen dibawah ye..

Wednesday, November 26, 2008

Fatwa Pengharaman Yoga oleh Majlis Fatwa Kebangsaan



Fatwa Pengharaman Yoga oleh Majlis Fatwa Kebangsaan baru-baru ini mengakibatkan banyak tentangan daripada NGO-NGO tertentu, golongan non-muslim dan juga golongan muslim yang mengamalkan Yoga. Lebih teruk, isu ini seolah-olah dihisteriakan oleh pihak penentang fatwa, manakala pihak pembela fatwa berikrar akan mempertahankan fatwa ini habis-habisan. Maka, tidak semena-mena institusi fatwa negara dibicarakan seolah-olah tidak lagi relevan, dan menyusahkan rakyat yang berbilang kaum.

Hakikatnya, isu ini telah dihisteriakan sebegitu teruk oleh pihak tertentu adalah hasil daripada ketidakfahaman mereka terhadap kandungan fatwa dan hakikat Yoga itu sendiri. Ini adalah akibat daripada liputan separuh masak media masa terhadap kandungan fatwa dan mungkin juga niat jahat sesetengah pihak tertentu terhadap institusi berautoriti Islam dengna hanya menunggu peluang dan ruang untuk menyerang habis-habisan. Selain itu, kekeliruan juga berlaku apabila di Malaysia istilah Yoga (falsafah yang berkaitan dengan agama Hindu) dan Asana (sejenis senaman zahir yang berkaitan Yoga) tidak dibezakan.

Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa dengan cukup jelas. Yoga menjadi haram apabila ia diamalkan bersama-sama dengan unsur kebatinan, spiritual dan mantera yang tidak difahami serta pemujaan kepada unsur selain ALLAH SWT. Manakala jika hanya melibatkan pergerakan fizikal sahaja maka ia tidaklah menjadi haram. Ini yang dijelaskan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan , Prof Datuk Dr Shukor Husin. Maka, jelas di sini bahawa, jika senaman Yoga tersebut bebas daripada unsur kebatinan maka umat Islam boleh beramal dengannya.



Fatwa ini bukanlah baru. Bahkan ia meliputi seni mempertahankan diri lain selain dari Yoga juga. Sudah berapa banyak Perguruan Silat yang difatwakan haram oleh Majlis Fatwa kerana ia mengandungi unsur mantera yang tidak difahami, kebatinan dan pemujaan kepada selain ALLAH SWT. Namun, jika silat tersebut tiada unsur-unsur seperti yang dikatakan di atas, ia bebas untuk diamalkan. Seni Silat yang berasal daripada tanah Melayu sendiri harus mengikuti kehendak Islam. Tiada kompromi. Oleh itu, format yang sama juga perlu diikuti oleh semua amalan lain termasuk Yoga.

Masalah yang lain adalah, di Malaysia, istilah Yoga tidak dibezakan dengan Asana. Yoga merupakan salah satu daripada 6 mazhab ortodoks di dalam agama Hindu. Manakala Asana adalah senaman yang biasanya dikaitkan dengan Yoga yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kelenturan tubuh, kesihatan dan ketenangan fikiran. Saya fikir, adalah lebih tepat dikatakan senaman Yoga yang diamalkan oleh pakar-pakar kesihatan di Malaysia dinamakan kembali sebagai Asana. Agar kekeliruan ini tidak timbul kerana Yoga adalah sejenis mazhab Agama. Oleh itu, sememangnya untuk menjaga akidah Umat Islam, Yoga dalam erti kata sebenar tidak patut dipelajari oleh Umat Islam kecuali untuk tujuan penyelidikan. Namun, senaman yang bersih daripada unsur syirik, sudah tentu ia tidak menjadi masalah.

Oleh itu, kalau lah semua pihak mencari titik temu di dalam isu ini, maka histeria ini tidak akan berlaku. Kepada pengamal Yoga, bersihkan amalan mereka daripada sebarang mantera dan unsur syirik. Itupun kalau selama ini ada. Kalau mengikut Datin Suleiha Merican, Pengusaha Moya Yoga Studio, selama inipun mereka tidak mengamalkan sebarang unsur syirik dan mentera kecuali hanya senaman sahaja. Dan lebih baik menamakan kembali senaman Yoga mereka sebagai Asana. Manakala umat Islam tidak terburu-buru menghentam pihak yang mengamalkan senaman Yoga selagi tidak mengetahui asal usul suatu perkara tersebut. Selain itu, Yoga dalam erti kata yang sebenarnya iaitu salah satu daripada ajaran Hinduisme maka ia tetaplah haram. Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan harus dijunjung, tetapi siri-siri penerangan haruslah dibuat agar semua umat manusia tidak mempunyai kefahaman yang salah terhadap Islam. Sikap sentiasa ingin berkelahi seperti yang ditunjukkan oleh NGO tertentu seperti Sisters in Islam (SIS) tidaklah membantu di dalam meredakan isu ini.

Selain Yoga, marilah kita sama-sama membanteras juga sesetengah amalan kebatinan dan persilatan yang berselindung di atas nama Islam yang turut mempunyai pelbagai mantera pemujaan yang tidak ada asasnya dalam Islam. Ia juga turut haram bukan.

Fadhlur Rahimi Ahmad Bustami

Timbalan Pengerusi

Jaringan Siswazah Malaysia (JASA)

Sumber: dari email

Hijrah - Fesyen dalam Islam di Astro Oasis



Dalam banyak-banyak rancangan yang saya minati, salah satunya rancangan berunsur keremajaan.. Iaitu rancangan Hijrah.. yang di bintangi oleh Waheeda.. yang lain saya tidak berapa ingat. Mungkin saya tidak akan bercoret dengan panjang kerana saya akan sertakan videonya.. marilah kita sama-sama menonton moga ia dapat manafaatkan bersama-sama insyaAllah..

Mudah-mudahan rancangan ini dapat mendidik para remaja dengan kaedah santai…



Dipetik dari Blog lama = Uoasis.Com

Sifat Hamba Al-Rahman


Alhamdulillah, setelah sekian lama saya tidak pergi belajar agama di Ampang..nama sekolah itu Dar Hikmah.. Saya pergi sana dalam minggu lepas. Alhamdulillah jua kerana apabila sampai tu kelas masih belum bermula, jika tidak ‘miss’ la beberapa minit, kerana masa itu emas tau! Hari ini saya tidak mahu bercoret dengan lebih panjang kerana saya akan menaip perkara yang saya pelajari pada hari tersebut mengenai apa itu “Sifat Hamba Al-Rahman”.. Jom kita lihat…

Antara “Sifat hamba Al-Rahman” adalah seperti berikut;

  1. Tidak Sombong
  2. Solat di waktu malam
  3. Sentiasa berdoa dijauhkan dari azab jahanam
  4. Tidak boros dan tidak kedekut
  5. Tidak mensyirikkan Allah/ tidak berzina/ tidak membunuh
  6. Segera bertaubat
  7. Menjauhi tempat yang melanghakan
  8. Mentaddabur ayat-ayat Al-Quran dan menangis
  9. Sentiasa berdoa agar anak dan isteri menjadi penyejuk hati
Diambil dari Blog lama: Uoasis.Com

Tuesday, November 25, 2008

Laman Chit-Chat Hina Rasulullah s.a.w

Monday, November 24, 2008

Pertukaran Blog



Salam, hari ini saya bertekad untuk menulis pada 2 dua blog personal saya. Iaitu menulis pada Blog sekarang ini iaitu NiKube @ Blogger dan Uoasis.Com. Kedua-dua blog ini akan dicoretkan berbagai-bagai ini kandungan yang rasa saya ingin dimasukkan.


Uoasis.Com

Kenapa saya menggunakan kedua-dua? Tidak guna salah satu? Jawapannya kerana saya mengalami masalah dengan webhosting jika menggunakan domain Uoasis.Com. Jika menggunakan Blogger, tiada masalah mengenai webhosting..kerana blogger ini merupakan ruangan khas yang diberi oleh pihak Google kepada umat manusia di seluruh dunia. Jika menggunakan domain Uoasis.Com terpaksalah saya mencari hosting berbayar, naik pening dibuatnya.. tiada masa untuk semua itu. Tetapi insyaAllah pada suatu hari nanti saya akan kembali kepada domain sendiri apabila tiba masa yang sesuai, insyaAllah..

Hosting mana jadi pilihan hati?



Semenjak beberapa hari ini, saya sering melihat dan membuat survey mengenai web hosting untuk web dan blog saya pada masa akan datang. Saya juga sering aktifkan diri dalam beberapa web komuniti perbincangan IT dan webhosting untuk berbincang mengenainya dan saling bertukar pendapat antara satu sama lain.

Dalam beberapa hari ini saya melihat beberapa webhosting dari Malaysia, harganya boleh tahan ‘not bad’..harga shared hosting paling biasa boleh didapati ialah diantara RM60 hingga RM80 bergantung keperluan semasa. Dalam sibuk tercari-cari, saya ada terjumpa satu webhosting yang harganya amat berbaloi jika dibeli, kalian boleh lihat disini BaitHost harganya boleh tahan. Tetapi secara ‘personal’ saya masih tidak mengetahui kepuasan service yang ditawarkan. Jika kalian ingin mengetahui tahap kepuasan service BaitHost ini, saya syorkan bertanya kepada salah seorang pelanggannya iaitu Leokid. Walaubagaimanapun, saya masih membuat pemerhatian mengenai webhosting dari semasa ke semasa sehingga saya dapat webhosting yang berbaloi..