Pengumuman!!


Salam semua! Saya ingin maklumkan bahawa saya ada 2 blog iaitu NiKubes.Com dan yang sekarang ni.. berkunjungla dimana yang anda suke suki.. ^_-

Thursday, April 30, 2009

Jom la follow, Jangan terlepas tau..




Salam

Tujuan saya bgtau disini sebab saya tgok ada yang terlepas pandang, saya dah tukar blog tau, blog ni malas nak update... Follow la saya di Nikuve.My dan follow saya di Twitter. Cuma perbezaanya, saya menulis sendiri pada blog baru ni. ok?

salam jihad.

Saturday, January 31, 2009

Maleh nak update

Salam, maaf blog ni beberapa hari dah tidak mengupdatekan diri.. Sebab ketiadaan idea.. Kalau you all nak mengikuti update.. boleh layari blog saya satu lagi.. ada kat atas.. Mungkin post akan datang berkaitan dengan software?.. untuk menghilangkan bosan sikit...

Tak silap saya, beberapa bulan lepas ada blogger tanya saya macam mana nak berniaga dalam internet.. Maaf sebab saya sedang sibuk benar sekarang.. maklumla dah masuk Kolej.. insyaAllah.. nanti saya akan beritahu kemudian.. lagipun saya sendiri sedang belajar Jual beli di internet ni.. humm.. ok wsalam..

Thursday, January 15, 2009

Letihnyer

Masa saya menulis blog ni.. terasa amatlah letih campur dengan penat.. aduhai.. letih sungguh lepas jadi student KTT nih.. minggu depan dah nak start exam nih.. maka bersiap sedialah untuk ke medan peperangan.. yezza..

Hurm.. nak borak ape lagi ni eh? Masa saya sedang menulis ni.. sambil-sambil buat assignment gak.. sebab bohsan sih.. kekadang tu ada gak tengok-tengok biz saya di baitulbytes serta buat iklan.. orang kata sambil menyelam minum air.. tak gitu?..

btw, saya enjoy juga masuk KTT ni.. sebab jumpa dengan member-member yang sporting dan gemar membuat lawak.. jawabnyer pecah perut la... ngeh3.. lecture BI kami pun boleh tahan sportingnya.. sambil belajar buat lawak... so far alhamdulillah besh gak KTT ni... enjoy beb..
enjoy-enjoy juga.. tuntutan agama jangan lupe..

Wslm & tata..

Saturday, January 10, 2009

Bosan nya

Adui.. bosannya hari ni.. saya tak tahu nak buat ape... tension pun ade.. ngeh3.. btw.. hari Isnin ni saya akan masuk Kolej Teknologi Timur (KTT).. insyaAllah.. Ada rasa gak bedebar.. tapi biasa la tu pertama kali nak masuk kan? Minta prosesnya berjalan dengan lancar insyaAllah... ni pasni nak pi kedai gunting rambut jab.. rambut dah mula panjang..then nak pergi cari seluar slack.. songkok.. kasut dan banyak lagi..

Rasanya macam malas la nak duk pada hostel dia.. takut ada masalah sosial.. lagipun KTT ni dekat aje dengan rumah.. kira boleh ulang alik aje.. tapi tula kenderaan pulak bermasalah.. haih.. adik lagi nak pi sekolah.. kena guna kereta jugak tuh.. Sekarang ni saya tengah fikirkan jalan macam mana nak ulang alik pi kolej nih... pening-pening...

p/s: maaf coretan kali ni santai sikit.. aha

Monday, January 5, 2009

Belajar dulu atau berniaga? atau sekaligus?

Setelah saban hari memikir.. naik pening juga nak buat keputusan ni.. tapi Nikubes fikir buat sambil-sambil la.. more better i think.. ntah la.. macam mana ek.. fenin-fenin memikirkannya.. kepada pengunjung blog nikubes.. tulun la bagi cadangan ye.. dengan meninggalkan komen pada bahagian bawah ni.. berikan idea bernas..

kalau yang dah ada pengalaman tu.. alhamdulillah boleh kongsi sekali... well.. tengah fikir lagi ni sebenarnya.. dah naik serabut dah kepala ni. btw.. Nikubes dah mulakan perniagaan.. buat service membina blog.. laman perniagaan.. sikit-sikit.. kalau nak hosting pun ada.. harga berpatutan.. kalau nampak mahal biasa la.. sebab berkualiti.. yang murah tak boleh masuk list punya.. kalau tak percaya.. try la lihat.. contohnya macam cgyhost.my tu penyelia hosting yang murah.. jika kita lihat package dia semua murah.. tapi acap kali down time.. sebab murah la tu.. kalau mahal kita lihat penyelia exabytes.com.my harga dia memang mahal... ramai orang langgan sana..

Support oke.. tapi Nikubes belum pernah try lagi la.. sebab mahal sangat.. soo papepon kalau kita buat sesuatu urusan tidak kiralah business ape pun.. mestila berpandukan Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.. kalau tak... korang tengok la apa akibatnya nanti... kita manusia ni kekadang tu Egois.. sangat.. sampai hukum tuhan pun boleh buat main... pikir la sikit.. (tuju pd pembuat web sosial)...

Keluar topik jap.. di Malaysia ni Nikubes ada jumpa satu laman sosial dari Malaysia.. kongsep dia macam myspace.. tapi pengasas melayu.. tak jaga adab... sama je macam barat punya...


erk... malas la nak coret lagi... sambung kemudian.. k... wsalam..

Sunday, December 28, 2008

Pernahkah anda terfikir?

Salam & Hai.. Jom bercerita.. Hari ini Nikubes ingin bercerita sedikit mengenai beberapa perkara yang rasa tidak puas hati jika Nikubes tidak berkongsi bersama-sama dengan pengunjung semua. Pernahkah anda menonton Astro Ceria? Bersama anak-anak, keluarga, abang, kakak atau adik? Jika kita perhatikan, kebanyakan siaran pada Astro ceria ini tidak patut disiarkan kepada kanak-kanak terutamanya.

Sebagai contoh kita lihat Siri Animasi Hagemaru yang disiarkan tiba waktunya selepas zohor, animasi ini jika diperhatikan ia mempunyai akhlak yang kurang sopan untuk diperlihatkan kepada kanak-kanak walaupun ia tidak menyentuk bab-bab agama Islam. Ada juga beberapa rancangan lain seperti TomTomBak.. dan Hikayat Putera Syazlan.. Kadang-kadang tu ada la juga tonton rancan TomTomBak ini, ia menarik dan menghiburkan.. Tetapi kadang-kadang tu..ada bab yang tidak sesuai seperti berjoget.. dan ada artis yang memakai pakaian ketat..dan sebagainya..

Nikubes berharap pihak Astro akan lebih perihatin akan perkara ini sebelum nasi menjadi bubur.. Bila dah lambat tidak guna lagi.. sekian sahaja dari Nikubes..